Kerajaan berupaya buka 2 lagi hospital medan

[email protected]

Kuala Lumpur: Kerajaan berupaya mewujudkan dua lagi hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara ini berdasarkan kapasiti semasa.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, 30 doktor, 100 ahli paramedik dan peralatan tambahan diperlukan seandainya projek itu mahu diteruskan demi kelancaran operasi di hospital terbabit.

“Buat masa ini, kita mempunyai tiga hospital medan iaitu di Dewan Masyarakat Melayu Kapit , Sarawak; Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor; dan Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Kalau ada tambahan pekerja dan peralatan boleh tambah (hospital medan),” katanya pada sidang media secara maya selepas lawatan kerja ke kilang berteknologi tinggi Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), hari ini

Lawatan itu bertujuan mengetahui perkembangan terkini dan proses pengilangan, isian dan sempurnakan (fill & finish) vaksin Covid-19 Sinovac.

Hadir sama, Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Berhubung Hospital Medan Kepala Batas, Ismail Sabri berkata, pembukaan hospital itu bergantung kepada hasil lawatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

“Hari ini, DG (Tan Sri Dr Noor Hisham) akan turun (melawat) dan kalau semuanya okay, hospital itu akan beroperasi tidak lama lagi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.