Kerajaan gagal lucut hak RM114 juta disita dari Pavilion Residences

Wang tunai berjumlah RM114 juta dan barangan mewah lain dirampas dari Pavilion Residences, Kuala Lumpur, tiga tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residences selepas pilihan raya 2018.

Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan RM114 juta itu ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh dari kesalahan pecah amanah (CBT).

Kerajaan mahu melucut hak wang tunai RM114,164,393.44 dan barang kemas serta barangan berjenama mewah yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, tiga tahun lalu. Mereka mendakwa wang dan barangan itu ada kaitan dengan 1MDB.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.