Kereta meletup bawa mercun bola

[email protected]

Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan kereta yang meletup menyebabkan seorang lelaki maut di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, akibat membawa mercun bola.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu menyebabkan mangsa yang maut tercampak sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Difahamkan, empat lagi mangsa yang berada dalam kenderaan berlainan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

“Kejadian itu turut menyebabkan enam kenderaan terbakar termasuk kenderaan dipandu mangsa,” katanya.

Berita berkaitan

Badan lelaki hancur, kereta meletup

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.