Kerley atasi Gatlin di Ostrava

Ostrava, Republik Czech: Atlet pecut Amerika Syarikat, Fred Kerley menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Golden Spike di Ostrava selepas mengatasi cabaran juara Olimpik 2004 Justin Gatlin dengan catatan 9.96 saat di Ostrava awal pagi tadi.

Kerley mencatat bawah 10 saat pada April lalu apabila mencipta 9.91 saat untuk catatan kedua terpantas musim ini, hanya 0.03 saat kurang daripada catatan terbaik dunia oleh Trayvon Bromell.

Di Ostrava, Kerley menewaskan jaguh veteran Gatlin yang mencatat 10.08 saat dan pelari Kanada, Andre de Grasse dengan 10.17 saat.

“Saya rasa seperti sempurna. Saya tak boleh merungut. Ia nampak bagus,” kata Kerley.

Kerley turut menyertai 200 meter dengan meraih tempat kedua di belakang rakan senegara, Kenny Bednarek yang muncul juara dengan catatan 19.93 saat.

Sha’Carri Richardson memenangi acara 200 meter dengan masa 22.35 saat selepas semalam dalam Twitternya mencetuskan kontroversi apabila berkata “Pertama dan terakhir di sini, tidak tertarik langsung.”

Jaguh Uganda, Jacob Kiplimo mencatat masa terbaik dunia setakat ini apabila mendominasi acara 10,000 meter dengan masa 26 minit 33.93 saat, yang ketujuh terpantas dalam sejarah.

“Saya tak menjangkakan catatan itu, saya hanya harap bawah 27 saat,” kata Kiplimo.

“Yang ketujuh terpantas dalam sejarah sesuatu yang tidak pernah terfikir.’

Pemegang rekod dunia, Armand Duplantis menjuarai acara lompat bergalah dengan lompatan setinggi 5.90 meter selepas menewaskan juara dunia dua kali, Sam Kendricks dengan kelebihan lima sentimeter.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.