Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Kertas siasatan kes Tajuddin diserah kepada AGC

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata ia susulan pihaknya telah selesai merakam keterangan semua individu berkaitan.

“Kita menghantar kertas siasatan kepada AGC, minggu lalu, selepas proses mengambil kenyataan dilakukan.

“AGC akan memutuskan tindakan lanjut,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis merakam keterangan Tajuddin, 27 Mei lalu, susulan Ahli Parlimen Pasir Salak itu didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media mengenai kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.

Selain itu, polis turut merekod percakapan tiga kakitangan Prasarana dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk melengkapkan kertas siasatan.

Pada sidang media 25 Mei lalu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa pelitup muka.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.