Kes baharu COVID-19 dijangka meningkat 100,000 sebelum 21 Jun

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 dijangkakan meningkat 100,000 kes sebelum 21 Jun ini dengan pertambahan 500 kematian untuk tempoh sama.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 479,421 dengan 1,994 kes kematian.

Perunding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS. berkata, jumlah kematian yang dirujuk daripada sumber Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan peningkatan mendadak, berbanding pada awal Januari tahun lalu ketika kes pertama mula dikesan.

Katanya, dalam tempoh Mei hingga Jun, kes baharu dianggarkan meningkat 100,000 kes berbanding awal kemunculan pandemik yang mengambil masa 10 bulan untuk mencecah 100,000 kes.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 479,421 dengan 1,994 kes kematian.

“Jumlah kes baharu ini menunjukkan peningkatan ketara selepas kes yang ke-200,000 direkodkan dan semakin pantas selepas kes ke-300,000 ke 400,000 pada pertengahan Mac lalu, yang mengambil masa dua bulan.

“Bagi angka kematian pula ia mula meningkat sejak Januari lalu selepas 500 kematian dicatatkan pada 21 Januari lalu dan sehingga kini sudah seramai 1,994 korban akibat COVID-19 (18 Mei).

“Jumlah kes baharu ini menunjukkan, peningkatan ketara selepas angka 200,000 kes direkodkan dan semakin mendadak selepas 300,000 yang direkodkan pada pertengahan Mac lalu.

“Seterusnya dari pertengahan Mac hingga sekarang iaitu kira-kira dua bulan, terdapat hingga lebih 400,000 kes dengan terkininya sebanyak 479,421 kes,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam, kadar penggunaan katil rawatan kritikal (ICU) pesakit COVID-19 di Lembah Klang sudah mencecah 89 peratus, selain seluruh negara 74 peratus.

Dr Amar yang juga bekas Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak, berkata perbandingan graf itu menunjukkan peningkatan yang sangat pantas untuk rekod kes 100,000 jangkitan baharu.

“Ia bagaimanapun, mungkin jauh lebih tinggi, berikutan ketiadaan rekod kes yang positif yang mungkin hilang bagi sesetengah tempat.

“Begitu juga kematian yang mana mungkin terdapat tambahan 500 kematian lagi dalam masa 18 hari ini sehingga 21 Jun depan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangannya, walaupun ketika ini hospital COVID-19 sudah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa.

Katanya, sistem kesihatan awam ini kini berdepan masalah kekurangan kelengkapan dan mesin bagi rawatan, kelesuan oleh petugas barisan hadapan dan peralatan yang terhad.

“Justeru dengan keadaan ini, bilangan kes baharu dan jumlah kematian akan meningkat pada minggu mendatang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.