Kes budak tergelincir, hanyut dalam arus longkang: Pencarian diperluas ke Sungai Linggi

Kekuatan anggota mencari dan menyelamat pada Ahad melibatkan 30 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba seramai 14 orang. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Pencarian kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas akibat tergelincir ke dalam sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, semalam diperluas hingga ke Sungai Linggi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Mohd Asree Abd Hamid berkata pencarian Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, yang ditangguh pada pukul 3.30 pagi disambung semula sekitar 7.40 pagi tadi ditumpukan di permukaan serta dasar di sungai dan Kolam Tadahan Air Taman Arowana.

“Kita pecahkan kepada dua pasukan iaitu pasukan pertama buat pencarian dari lokasi awal mangsa terjatuh sehingga ke kolam takungan.

“Pasukan kedua pula dari kolam takungan hingga ke Sungai Linggi yang melibatkan pencarian sehingga sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya.

Beliau berkata kekuatan anggota mencari dan menyelamat pada hari ini melibatkan 30 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba seramai 14 orang.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa bersama abangnya berusia sembilan tahun dan rakan berusia 12 tahun dikatakan sedang bermain sebelum tergelincir ke dalam longkang di flat berkenaan dan dihanyutkan air deras yang ketika itu hujan lebat.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.