Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-xZcyuF.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-xZcyuF.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Kes bunuh di Iraq cetus desakan boikot pilihan raya

BAGHDAD: Siri serangan ke atas aktivis dan wartawan prodemokrasi di Iraq membangkitkan seruan untuk memboikot pilihan raya Oktober ini, berikutan pihak yang bertanggungjawab terlepas tanpa menerima hukuman.

Pembunuhan, cubaan membunuh dan penculikan menyasarkan lebih 70 aktivis sejak gerakan tunjuk perasaan meletus bagi membantah rasuah dan ketidakcekapan kerajaan pada 2019.

Pilihan raya dilakukan kerana terdapat tuntutan bagi menggerakkan protes berlarutan daripada Oktober 2019 hingga Jun 2020, dan penunjuk perasaan juga menentang pengaruh Iran di Iraq.

Bagaimanapun ketika serangan berlanjutan tanpa sebarang hukuman, lebih banyak desakan supaya memboikot pilihan raya.

Bekas anggota Parlimen, Faeq al-Sheikh Ali meletak jawatan selepas juru kempen antikerajaan, Ihab al-Wazni mati ditembak dalam serangan di makam Syiah di Karbala pada 9 Mei lalu.

Beliau juga menyeru pemimpin gerakan tunjuk perasaan lain untuk menarik diri daripada pilihan raya.

“Bersiaplah… untuk meneruskan revolusi dalam beberapa bulan akan datang terhadap Iran dan militia kotornya.

“Tidak ada pilihan lain selain menjatuhkan rejim jenayah ini,” katanya.

Pihak berkuasa secara konsisten gagal untuk mendakwa pihak yang melakukan pembunuhan itu.

Namun, aktivis berulang kali menyalahkan kumpulan bersenjata yang berkaitan dengan Iran dan mempunyai pengaruh besar di Iraq.

Selama bertahun-tahun Wazni mengkritik kumpulan bersenjata Iraq dan pengaruh besar Iran di negara itu.

Sehari selepas dia dibunuh, wartawan terkemuka Ahmed Hassan juga ditembak di selatan Iraq, menyebabkannya koma selepas menjalani pembedahan otak.

Selepas pembunuhan Wazni, sebuah gerakan yang lahir daripada tunjuk perasaan antikerajaan yang dikenali Al-Beit Al-Watani iaitu Blok Nasional, berkata akan memboikot pilihan raya Oktober.

“Kami menolak pilihan raya sehingga pembunuh pemimpin revolusi Oktober dihukum,” kata pengasasnya, Hussein al-Gharabi kepada AFP. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.