Kes COVID-19 boleh cecah 5 angka sehari tanpa PKP

[email protected]

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyidin Yassin bimbang kes positif COVID-19 dikhuatiri berupaya melonjak ke angka puluhan ribu sehari selepas sambutan Aidilfitri jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sedang berada pada satu titik genting yang memerlukan tindak balas segera dan tindakan tegas dari kerajaan bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan dan krisis nasional yang parah.

Sehubungan itu, katanya kerajaan terpaksa melaksanakan PKP sebagai satu langkah tegas dan drastik bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Dijangkakan jumlah kes harian COVID-19 akan mencecah lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Pada masa itu, seluruh sistem kesihatan negara kita yang sedang berada dalam keadaan kritikal pada masa ini akan lumpuh.

“Situasi yang sangat dinamik ini menyebabkan perubahan ke atas pelaksanaan perintah kawalan seperti PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB), PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) juga perlu dilakukan dengan pantas untuk mengelakkan penularan jangkitan lebih teruk,” katanya dalam perutusan Aidilfitri, malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.