Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Kes Covid-19 di India lepasi 20 juta

New Delhi: Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA) melaporkan.

Sementara itu, seramai 3,449 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 222,408.

Sejak Sabtu, terdapat sedikit penurunan selepas mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu 400,000 kes.

Negara ini mencatatkan 392,488 kes pada Ahad dan 368,147 kes pada Isnin.

India yang bergelut dengan peningkatan kes menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh menyaksikan hospital kekurangan katil, bekalan oksigen dan ubat-ubatan.

Banyak negara tampil membantu dengan menghantar bekalan perubatan.

Kebanyakan pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat hospital tidak lagi berupaya menyediakan bantuan peralatan oksigen.

India minggu lalu memulakan kempen vaksinasi kepada penduduk berumur 18 tahun ke atas namun, usaha ini berdepan kesukaran kerana terdapat beberapa negeri menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Menurut data, setakat ini sebanyak 158 juta dos vaksin sudah diberikan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.