‘Kes meruncing punca PKP dilaksanakan’

[email protected]

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga perlu dilaksanakan memandangkan kes COVID-19 di negara ini semakin meruncing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, walaupun pihaknya berat hati untuk berbuat demikian kerana memikirkan kesannya kepada sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, tetapi PKP perlu dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, Malaysia kini berdepan gelombang ketiga yang boleh mencetuskan krisis nasional.

“Sehingga kini, kes harian COVID-19 di negara ini sekitar 4,000 kes dan sebanyak 38,499 kes aktif serta 1,722 kes kematian dilaporkan.

“Kes semakin bertambah dan Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa menambah kapasiti di hospital kerana jumlahnya semakin berkurang.

“Sekiranya berlaku lonjakan kes COVID-19, kita tidak mempunyai jumlah katil dan mesin pernafasan mencukupi di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jumlah katil di ICU hanya ada 734 dan hampir 500 daripadanya sudah digunakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama berusaha membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Kita mesti bersama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Duduklah di rumah dan jika perlu keluar untuk urusan penting, patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.