Kesesakan trafik bukan berpunca daripada balik kampung, kata polis

Polis hari ini menafikan kesesakan trafik di lebuh raya utama di Selangor selamalam adalah disebabkan orang ramai pulang ke rumah dari percutian Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Ketua Polis Gombak Arifai Tarawe berkata kesesakan di lebuh raya Karak adalah disebabkan pemeriksaan yang diperketatkan di sekatan jalan raya bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi larangan rentas negeri dan daerah.

“Ada kesesakan sepanjang 3 hingga 4km dari sekatan jalan raya.

“Kebanyakan pengguna jalan raya yang merentas negeri memiliki surat dari majikan mereka,” katanya.

Beliau turut menambah hanya 27 kompaun dikeluarkan semalam kerana percubaan untuk merentas negeri tanpa surat kebenaran.

Sebuah gambar kesesakan lalu lintas dari lebuh raya pantai timur memasuki Lembah Kelang tular di Twitter semalam selepas ia dimuat naik Lembaga Lebuhraya Malaysia semalam.

Pengguna media sosial turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kepatuhan orang ramai terhadap larangan rentas negeri perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bakal berakhir pada 7 Jun depan.

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.