Kesian bayi malang dihurung semut

[email protected]

Petaling Jaya: Bunyi tangisan bayi di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara di sini, membongkar perbuatan individu tidak bertanggungjawab membuang bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian jam 4.50 pagi tadi, bayi yang masih bertali pusat itu ditemui orang awam di dalam plastik hitam di belakang sebuah rumah dihuni warga asing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bayi malang itu pada jam 5.10 pagi.

“Pemeriksaan mendapati bayi itu masih bertali pusat dan dihurung semut serta dalam keadaan cukup sifat.

“Hasil siasatan awal, bayi itu disyaki bukan berasal dari kawasan berdekatan kerana tiada penduduk wanita mengandung di kawasan berkenaan,” katanya semalam.

Menurutnya, bayi lelaki itu diselamatkan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966217.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.