Ketagih rokok di usia 12 tahun

[email protected]

GEORGETOWN: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun antara perokok tegar yang dikesan di negeri ini.

Aktiviti tidak sihat itu dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berikutan kebimbangan ibu bapa mengenai ketagihan anak mereka yang sukar dibendung.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata ibu bapa mendedahkan mereka akan dimarahi jika anak-anak diberitahu mengenai bahaya rokok dan rokok elektronik (vape).

Katanya, daripada aduan itu, ramai ibu bapa yang mengadu kecewa kerana tidak dapat menyembuhkan tabiat menghisap rokok dalam kalangan anak mereka.

“Kita juga sering lihat laporan media mengenai kajian terhadap ketagihan rokok membabitkan kanak-kanak.

“Ia adalah kenyataan dan ibu bapa mendakwa bahawa ketagihan yang dialami anak mereka adalah lebih teruk daripada COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Subbarow berkata, kanak-kanak menghabiskan kira-kira RM50 sehingga RM150 sebulan bagi rokok dan rokok elektronik.

Katanya, ibu bapa juga mendakwa anak mereka berbohong ketika meminta wang untuk membeli rokok dengan alasan untuk membayar kelas tambahan dan buku.

“Timbul persoalan bagaimana mereka mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli rokok dan vape.

“Begitu juga penuntut universiti membeli rokok dan peralatan vape menggunakan biasiswa pendidikan.

“Ia seperti bom jangka kerana jika tidak dicegah, mungkin kita sudah tidak dapat melihat komuniti belia yang sihat pada masa depan.

“CAP akan terus mendesak kerajaan untuk mengharamkan pembelian rokok dan vape dalam kalangan bawah umur,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.