Khabib kutuk kekejaman Israel

LONDON: Jaguh tempur MMA dari Russia, Khabib Nurmagomedov mengutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

‘The Eagle’ menggunakan media sosial untuk menunjukkan sokongan dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang bertempur dengan tentera Israel.

”Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menyokong Gaza, anda hanya perlukan sikap perikemanusiaan,” tulisnya yang turut memuatnaik insiden serangan itu di profil Instagramnya.

Ini bukan kali pertama Khabib menyatakan pendirian tegasnya dalam membela Islam.

Tahun lalu, dia menyelar Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dianggapnya tidak menghormati Islam.

Bekas juara lightweight UFC itu berkongsi foto muka Macron yang dihiasi tapak kasut warna hitam dan diiringi kata-kata tegas mempertahankan Islam.

Walaupun Khabib mengumumkan persaraannya Oktober tahun lalu, hanya baru-baru ini, Presiden UFC, Dana White mengesahkannya secara rasmi.

‘The Eagle’ bakal mengikuti jejak ayahnya dengan menjadi jurulatih dalam sukan seni bela diri itu dan sekarang dia menikmati masa terluang dengan mengunjungi Makkah. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.