Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-hJONrB.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-hJONrB.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Khidmat kaunseling kepada mangsa kemalangan tren

[email protected]

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, minggu lalu.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, penumpang yang memerlukan perkhidmatan kaunseling kerana trauma atau tekanan perasaan boleh menghubungi pihaknya.

“Pihak kami bekerjasama dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling ini” katanya.

Mangsa yang mahu mendapatkan perkhidmatan kaunseling boleh menghubungi Prasarana di talian 014-7371330 atau emel [email protected] untuk mendapatkan janji temu yang akan ditetapkan oleh Prasarana dan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Dalam kejadian pada 8.33 malam, 24 Mei, sebuah tren yang tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Ia menyebabkan 65 penumpang cedera termasuk enam parah.

Bagaimanapun, semalam, seramai 62 mangsa dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan.

Lima lagi penumpang masih dirawat di hospital dengan tiga daripadanya ditempatkan di wad biasa dan dijangka dibenarkan keluar antara dua hingga tujuh hari lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.