Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Khir Khalid Tegur Netizen Yang Persoal Aurat Sharifah Rose?

Jurusolek profesional, Khir Khalid tampil menegur tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan pelakon yang disolek oleh Khir iaitu Sharifah Rose tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kongsi Foto Sharifah Rose 

Menerusi hantaran di Instagram, Khir Khalid dilihat memuatnaik foto Sharifah Rose yang telah disolek olehnya untuk photoshoot sebuah jenama perhiasan barang kemas terkenal.

“Hijabi face @sharifahrose_ for @diamondnplatinum.”-Tulis Khir Khalid

“Dia Pakai Tudung Ke Tak Sebenarnya?”

Walaubagaimanapun menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan Sharifah Rose yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Dia pakai tudung ke tak sebenarnya?.”

“Leher pun dah free.”

Khir Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Khir kemudian membalas komen-komen netizen itu dengan menyifatkan ia bukanlah masalah mereka.

“Bukan masalah anda!!!”-Balas Khir

Dalam pada itu, jurusolek ini tetap dibanjiri dengan komen rakan selebriti dan peminat yang memuji hasil kerjanya yang cukup mengagumkan sebagai makeup artis profesional.

The post Khir Khalid Tegur Netizen Yang Persoal Aurat Sharifah Rose? appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.