Kilang pembuatan sarung tangan di Kuala Selangor diarah tutup

[email protected]

Kuala Selangor: Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah di daerah ini diarahkan menutup operasi mulai hari ini hingga 29 Mei ini.

Tindakan itu diambil susulan sekumpulan pekerja kilang terbabit yang juga warga asing memakai gelang merah jambu masuk ke kedai di Pekan Sungai Sembilang, Jeram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pemeriksaan dilakukan pada 10 pagi oleh sepasukan polis Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Selangor.

“Agensi penguatkuasa yang terbabit menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kilang itu dan penempatan pekerja warga asing.

“Hasil pemeriksaan, pihak pengurusan kilang diarahkan henti operasi kilang selama lima hari bermula hari ini berpandukan (Akta 342) Seksyen 18 (1) (F) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua agensi penguatkuasa di daerah ini akan terus membuat pemantauan ke atas pematuhan SOP di kilang terbabit.

“Bersama-sama kita memerangi dan berganding bahu dalam memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial semua pekerja kilang itu disyaki kontak rapat selepas 44 daripadanya yang bekerja di kilang terbabit dipercayai positif Covid-19.

Beberapa gambar dan video yang dimuat naik menunjukkan pekerja kilang terbabit masuk ke dalam kedai secara bersahaja hingga menimbulkan kemarahan di kalangan warganet.

Rata-rata warganet juga mengecam dan mempersoal tindakan majikan kilang terbabit yang dilihat tidak memantau pergerakkan pekerja mereka secara serius.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.