KKM lapor 7,857 kes baharu COVID-19

[email protected]

KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan bilangan kes baharu COVID-19 tertinggi apabila sebanyak 7,857 kes dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 541,224 kes.

“Selangor mencatat 2,675 kes, diikuti Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Pulau Pinang (365) dan Sabah (217 kes).

“Sejumlah 353 kes direkodkan di Negeri Sembilan, manakala Perak (228), Kedah (441), Melaka (234), Pahang (238), Terengganu (282), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (enam),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.