KKM terima vaksin Sinovac dibotolkan di Malaysia

[email protected]

Putrajaya: Kementerian Kesihatan hari ini menerima 290,480 vial vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berikutan itu vaksin berkenaan akan diagihkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara untuk digunakan bermula hari ini.

Katanya, secara keseluruhannya pihaknya akan menerima 1.5 juta vial bulan ini secara berperingkat untuk digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Hari ini adalah detik bersejarah kepada negara kita apabila bekalan vaksin ‘fill-and-finish‘ sudah diluluskan oleh pihak Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM selepas melalui 17 ujian kawalan kualiti yang ditetapkan.

“Vaksin ini berlainan dengan yang diterima sebelum ini kerana ia dibotolkan di Malaysia, manakala vaksin sebelum ini ia diimport terus daripada pengeluar vaksin dari negara terbabit,” katanya dalam sidang media ketika Majlis Penyerahan Pengeluaran Pertama Vaksin Covid-19 Sinovac di Malaysia secara Fill& Finish, di kementeriannya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai vaksin berkenaan, Dr Adham berkata pihak Pharmaniaga menerima 200 liter vaksin secara pukal pada 27 Februari lalu.

“Selepas 73 hari, Pharmaniaga berjaya menyerahkan empat kelompok pertama kepada KKM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pihaknya akan mengeluarkan sebanyak 1.5 juta vial menjelang hujung bulan ini.

“Sehingga kini sebanyak 600,000 vial sudah mendapat kelulusan NPRA dan dalam masa terdekat kita akan bekalkan kepada KKM,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.