Koeman kekal di Barcelona

Madrid: Ronald Koeman terselamat daripada disingkirkan Barcelona apabila presiden, Joan Laporta mengumumkan pengendali dari Belanda itu akan terus menjadi jurulatih kelab berkenaan untuk musim depan.

“Kami mengambil keputusan menyambung kontrak yang sedia ada,” kata Laporta selepas mesyuarat bersama pengarah kelab.

Pengesahan status Koeman hadir selepas akhbar di Catalan mendakwa berjaya mengekalkan Lionel Messi selain menjulang Piala Raja Sepanyol dan melakukan perubahan selama setahun mungkin tidak cukup buat pengendali itu mengekalkan tugas di kelab berkenaan.

Laporta menjelaskan: “Kami merasakan ia langkah terbaik buat Barca dan sangat gembira mengumumkan bahawa Ronald Koeman akan kekal.”

Katanya perbincangan berjalan sangat baik dan terus terang berlangsung sebelum komited memberikan Koeman peluang hingga musim panas 2022.

“Masa untuk bangkit semula… bagi melihat bersama apa yang tidak berlaku pada penghujung musim lalu.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.