KPN arah semak lebih teliti sebelum lulus rentas

[email protected]

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat semakan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan merentas negeri dan daerah yang dipohon orang ramai.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan itu susulan PDRM mengesan tindakan segelintir individu yang didapati menyalahguna atau memalsukan kebenaran merentas negeri serta melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“PDRM akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan orang ramai terutama aktiviti rentas daerah dan negeri dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

“Dalam usaha ini, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Oleh itu, Acryl menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.