Lagi tapir mati dilanggar di LPT

[email protected]

KUANTAN: Seekor tapir jantan seberat 220 kilogram (kg) mati dilanggar kereta milik pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang di Kilometer 200 menghala ke Kuantan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozidan Md Yasin, berkata kemalangan jam 8.50 malam dipercayai berlaku ketika haiwan berumur 10 tahun itu cuba melintas jalan.

Katanya, di kiri dan kanan LPT itu adalah kawasan Hutan Simpan Berkelah dan ketika kejadian kemungkinan tapir jantan itu melalui tepi Sungai Berkelah sebelum masuk ke LPT dan dilanggar.

“Pegawai Perhilitan Maran segera ke tempat kejadian dan bangkai haiwan terbabit dibawa ke kawasan tol Sri Jaya.

“Kemalangan berlaku membabitkan kenderaan membawa Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman. Pemandu dan penumpang cedera ringan,” katanya di hubungi hari ini.

Rozidan berkata, tahun lalu lima ekor tapir mati dilanggar kenderaan dan dalam tempoh lima bulan tahun ini sudah tiga ekor mati di negeri ini.

Pelbagai usaha dilakukan PERHILITAN Pahang dalam memastikan episod kematian tapir di jalan negeri dan persekutuan tidak terus berlaku, antaranya menambah jumlah papan tanda peringatan kawasan haiwan terbabit melintas yang diharap dapat mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati ketika melalui jalan terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.