Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-kgPPUx.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-kgPPUx.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Larangan rentas daerah hingga 6 Jun, Sabah putus kemudian

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata, Sabah akan menentukan sama ada akan kembali kepada sistem zon atau kekal dengan sistem daerah, tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19 serta persetujuan MKN.

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri hanya akan memutuskan sama ada larangan rentas daerah seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga 6 Jun akan turut dilaksanakan di Sabah atau tidak.

Katanya, perkara itu akan diumumkan sebelum atau pada 16 Mei, iaitu tarikh tamat perintah larangan rentas daerah yang diumumkan kerajaan negeri, baru-baru ini.

“Sabah akan menentukan sebelum atau pada 16 Mei sama ada kita kembali kepada sistem zon atau kekal dengan sistem daerah dan ia juga tertakluk kepada keadaan semasa Covid-19 serta persetujuan MKN,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Sabah membenarkan rentas daerah, namun hanya mengikut enam zon yang ditetapkan, iaitu Zon 1 ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar, manakala Zon 2 ialah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

Zon 3 membabitkan Kudat, Kota Marudu dan Pitas; Zon 4 ialah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod; Zon 5 ialah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan serta Zon 6 ialah Keningau, Tambunan dan Tenom.

Bagaimanapun baru-baru ini, Masidi mengumumkan larangan merentas kembali kepada sistem daerah, iaitu bermula hari ini sehingga 16 Mei dan ia dilaksanakan bagi mengelak penularan wabak sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun dua hari lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun ini.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.