Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Lebih 12,000 laptop sudah diagihkan kepada murid B40, kata menteri

Kementerian pendidikan (KPM) sudah selesai mengagihkan 12,887 unit laptop kepada murid daripada keluarga B40 di 95 sekolah dalam 51 pejabat pendidikan daerah di seluruh negara, kata Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Katanya, 40,290 unit lagi akan diagihkan selewat-lewatnya pada 12 Jun ini.

“Insya Allah agihan baki 96,823 akan selesai pada September 2021.

“Saya harap penjelasan ini dapat memberi makluman apakah keadaan agihan 150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik ini,” katanya pada sidang media secara dalam taklian hari ini.

150,000 laptop dijanjikan kepada murid sekolah rintis dalam pembentangan Belanjawan 2021 tahun lalu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM150 juta ringgit ke dalam Tabung Cerdik di bawah Yayasan Hasanah bagi pemberian komputer riba tersebut.

MENYUSUL LAGI

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version