Lebih 128,000 syarikat dibenar beroperasi

[email protected]

KUALA LUMPUR: Sebanyak 128,150 daripada 586,308 syarikat berdaftar dalam portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) dibenarkan beroperasi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan sekatan pergerakan penuh.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelulusan itu membabitkan 1.57 juta pekerja daripada jumlah keseluruhan 10.2 juta yang berdaftar dengan sistem berkenaan.

“Ini satu penurunan yang cukup besar dan mendadak untuk memastikan pergerakan dapat dikawal, bagi menyekat penularan COVID-19,” katanya dalam taklimat media berkenaan CIMS 3.0 hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kementerian itu juga akan membuat laporan polis terhadap syarikat fotografi yang mendakwa mereka mendapat kebenaran operasi melalui CIMS 3.0 walaupun bukan dalam sektor perkhidmatan perlu.

Katanya, siasatan mendapati tiada kebenaran operasi diberikan kepada syarikat berkenaan.

“Saya mengambil maklum tentang dakwaan beberapa pihak kononnya CIMS 3.0 telah dibolosi dan ada syarikat yang bukan dalam sektor perkhidmatan perlu mendapat kebenaran operasi.

“MITI terbuka kepada aduan-aduan dan kita bertanggungjawab untuk memastikan ia diberi perhatian serius,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.