Lebih 1,400 migran mendarat di Lampedusa

ROM: Lebih 1,400 migran tiba di Pulau Lampedusa, Itali, hujung minggu lalu, lapor media semalam.

Pendaratan besar-besaran itu mendorong desakan oleh ahli politik kanan supaya bertindak untuk menghentikannya ketika gerakan baharu pihak berkuasa Itali terhadap kapal penyelamat yang beroperasi di tengah Mediterranean.

Agensi berita Itali berkata, sebanyak 15 kapal tiba di Lampedusa sejak malam Sabtu lalu, antaranya dinaiki hampir 400 orang pelbagai bangsa, termasuk 24 wanita dan kanak-kanak.

Ia dikutuk pemimpin parti Liga kanan, Matteo Salvini yang berdepan perbicaraan di Sicily kerana enggan membenarkan pendatang mendarat ketika menjadi Menteri Dalam Negeri, pada Ogos 2019.

“Jutaan rakyat Itali dalam kepayahan, kita tidak dapat bantu ribuan migran, selain mendesak Perdana Menteri, Mario Draghi berbincang mengenai masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Charity Alarm Phone, meminta bantuan mengambil lima kapal membawa lebih 400 orang dalam kesusahan di perairan Malta, sambil memberi amaran: “Situasi di atas kapal sangat kritikal, penyelamat diperlukan sekarang!”

Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), Itali adalah pintu masuk utama migran yang menuju ke Eropah, dan lebih setengah juta orang mendarat di pesisirnya, sejak awal 2015.

Kawasan perairan antara Sicily dan Afrika Utara juga antara laluan migrasi paling bahaya di dunia.

IOM berkata, seramai 8,604 orang tiba di Itali dan 65 lagi di Malta, manakala 359 orang maut, antara 1 Januari hingga 21 April lalu.

Banyak kapal amal beroperasi di kawasan itu, berusaha menyelamatkan mereka yang hanyut di perairan selepas menyeberang dengan kapal padat atau bocor.

Beberapa aktivis mendakwa pihak berkuasa membiarkan mereka lemas.

Bagaimanapun, NGO terbabit didakwa berpakat dengan pemerdagangan migran Libya untuk membawa mereka dengan selamat ke pantai Eropah, selain mereka menafikan dakwaan itu.

Pihak berkuasa kehakiman di Sicily hujung minggu lalu, mengembalikan perintah penahanan terhadap kapal Sea-Watch 4 dikendalikan organisasi Sea-Watch Jerman, yang disimpan selama enam bulan hingga Mac lalu di Palermo, lapor media.

Ia disusuli pemeriksaan keselamatan yang menemui terlalu banyak jaket keselamatan di dalam kapal, selain sistem kumbahannya tidak mencukupi bagi jumlah orang yang mungkin diselamatkan.

Aktivis mendakwa, pemeriksaan itu adalah alasan bagi menghalang kapal berkenaan.

Kapal Sea-Watch 3 pula diserang pengawal pantai Itali di pelabuhan Sicily, Augusta, sekali lagi kerana masalah keselamatan pada Mac lalu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.