Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-FwuhEn.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-FwuhEn.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Lelaki ditemukan lemas di Sungai Perak

[email protected]

Hutan Melintang: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas menyelamatkan adik lelakinya ketika mandi di Sungai Perak, Kampung Tebing Rebak di sini, kelmarin, ditemui lemas, awal pagi ini.

Mayat Muhammad Amirnur Hadi Ahmad Kamal, 21, ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang Zulkaflee Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui di permukaan air, pada 3.30 pagi.

“Mayat dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang kelmarin itu, mangsa bersama adiknya berusia 15 tahun dan beberapa rakan sekampung mandi di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata, tiba-tiba, adik mangsa dihanyutkan arus sungai sebelum diselamatkan lelaki itu.

Bagaimanapun katanya, mangsa dipercayai tenggelam selepas dihanyutkan arus deras.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.