Lelaki tergantung di luar pusat khidmat masyarakat Hulu Selangor

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui tergantung di luar Pusat Khidmat Masyarakat Jaksa Pendamai (JP) Daerah Hulu Selangor di Batang Kali semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin berkata, mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui orang ramai tergantung di siling depan pintu masuk pusat khidmat itu pada 7.30 pagi.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui.

“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu turut hadir mengesahkan kematian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau dua kes jenayah dan dua kes dadah.

Katanya, bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperolehi dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.