Lemang Gangster ‘Daddy Rock’ sekadar gimik?

[email protected]

Kuala Lumpur: Pelakon Shahrul Azman Mohd Shahril atau Daddy Rock yang terkesan dengan pandemik Covid-19, kini mencuba alternatif lain dalam mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan Lemang Gangster.

  Menurut pelakon filem Kisah Paling Gangster, Jangan Pandang Belakang, Bohsia dan pelbagai drama seperti Kampung People dan Gerak Khas ini, pilihan itu dibuatnya berikutan tawaran berlakon yang makin kurang.

   “Sebelum ini, saya pernah menguruskan medan selera dikenali SFC di Danau Kota, Setapak. Alhamdulillah, sambutan pengunjung agak menggalakkan kerana penyanyi seperti Nizam Laksamana,  Afee U-Topia dan Asheed Def Gab C datang membuat persembahan.

   “Namun, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasa, pendapatan kami makin berkurangan. Kebetulan apabila menjelang Syawal, saya dapat pula idea nak jual lemang.

   “Nama Lemang Gangster ini dipilih sebagai gimik untuk mudah dikenali dan diingati masyarakat. Ia sama sekali tiada kaitan dengan imej saya yang ala-ala gangster ini,” katanya kepada Harian Metro.

   Menurut Daddy Rock, dia gembira kerana jualan lemangnya mendapat sambutan baik dari masyarakat termasuk komposer Harry Khalifah dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Mohamad Yusuf Azmi.

   “Mereka pun tak berkira apabila mempromosikan lemang ini kepada rakan-rakan lain dan pengikut di media sosial. Syukur pada Allah, sekurang-kurangnya saya ada juga pendapatan.

   “Selain lemang, saya juga menjual makanan seperti Ketupat Bawang, Rendang Tiga Beradik, Rendang Ayam Gangster, Rendang Daging Gangster dan Rendang Lamb Gangster.

   “Bagi mereka yang berminat nak rasa Lemang Gangster ini, boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Paparock Neva Dai atau SFC Danau Kota. Segala ‘link’ untuk tempahan ada disertakan,” katanya.

 

 

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.