“Lepas Ni Susah Ko Nak Kerja…” – Fizz Fairuz Tegur Individu Pijak Kolam Deepavali

Video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki telah memijak hiasan Deepavali atau Kolam di Hospital Pakar KPJ Klang menjadi perhatian ramai selepas ditahan pihak Polis Daerah Klang Utara, malam tadi.

“Merosakkan Nama Betul La Ko..”

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menerusi hantaran di Instagram menyifatkan tindakan individu tersebut telah merosakkan nama sendiri dan syarikat swasta berkenaan.

” Terang-terang ada logo tu, merosakkan nama betul la ko mat..Lepas ni susah ko nak keje, sebab ko merosakkan nama company. Rasakan.” – Tulis Fizz Fairuz

Digantung Kerja Sementara

Dalam pada itu, pihak KPJ Healthcare turut memberikan kenyataan di laman Facebook Rasmi mereka yang memaklumkan bahawa individu terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut.

“Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berkaita perkara ini.”-Kenyataan Pihak KPJ Healthcare

 

Dipetik dari laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu menyatakan bahawa kedua-dua individu yang berumur 20-an dan 30-an akan direman polis selama tiga hari untuk membantu siasatan.

The post “Lepas Ni Susah Ko Nak Kerja…” – Fizz Fairuz Tegur Individu Pijak Kolam Deepavali appeared first on Murai MY.

Untuk lebih berita di Neotizen News, klik SINI

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.