LHDN beri amaran sindiket Macau Scam menyamar pegawai hasil, polis

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai LHDN melalui telefon untuk memperdayakan mangsa.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, LHDN berkata anggota sindiket atau scammer menggunakan maklumat syarikat mangsa seterusnya mendakwa mangsa memiliki tunggakan cukai yang mesti dilunaskan.

“Mangsa yang terkeliru dengan panggilan ini kebiasaannya membuat penafian dan seterusnya panggilan akan disambungkan pula kepada individu yang menyamar sebagai polis, pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau pegawai dari agensi penguatkuasa yang lain dan memaksa mangsa untuk membuat laporan rasmi.

“Mangsa seterusnya dikaitkan pula dengan kegiatan pengubahan wang haram, pengedaran dadah atau kegiatan jenayah yang lain sehinggakan mangsa menjadi panik dan mereka diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan termasuklah nombor TAC/OTP,” kata kenyataan tersebut.

LHDN turut berkata mangsa hanya akan menyedari mereka ditipu apabila mendapati wang dalam akaun bank telah dipindahkan ke akaun bank pihak ketiga dan suspek tidak dapat dihubungi semula.

Macau Scam menjadi sindiket penipuan dalam talian yang menjalankan operasi haram paling besar dalam negara.

Setakat Oktober tahun lalu, polis merekodkan hampir RM256 juta kerugian ditanggung sekurang-kurangnya 5,218 mangsa kes penipuan sindiket tersebut.

LHDN turut menegaskan pihaknya tidak akan membincangkan hal-hal berkaitan percukaian melalui panggilan telefon peribadi.

“(

Dalam pada itu, LHDN turut menggesa orang ramai yang menerima sebarang panggilan, e-mel atau pun surat yang meragukan untuk terus menghubungi Hasil Care Line atau pegawai bertugas melalui kontak yang boleh dilihat di www.hasil.gov.my.

Orang ramai juga boleh membuat semakan modus operansi sindiket penipuan melalui akaun media sosial dan portal rasmi LHDN.

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.