Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Liek Hou harumkan nama negara di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Cheah Liek Hou merangkul kejuaraan pada kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol di Cartegana, hari ini.

Liek Hou, 33, meraih gelaran keduanya bagi tahun ini selepas memenangi kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubai bulan lalu.

Pada perlawanan final acara perseorangan lelaki SU 5, Liek Hou menewaskan pesaingnya dari Jepun, Taiyo Imai dengan keputusan 21-13, 21-11 dalam tempoh 34 minit.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Liek Hou mengekalkan rekod kemenangan ke atas Imai kepada 5-0 selepas kali terakhir menewaskan lawannya itu di suku akhir kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil tahun lalu.

Malah, kemenangan itu bakal menjadi tonik berharga buat Liek Hou sebelum temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang dijadual berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

Dia yang menerima bimbingan Datuk Rashid Sidek sebelum ini giat memperkemaskan kecergasan dan berat badan bagi membolehkannya bersaing dengan lebih baik apabila bertemu pesaing lebih muda.

Usahanya menurunkan berat badan dari 75 kilogram ke 65 kilogram tampak membuahkan hasil diinginkan dengan pencapaian yang dipamerkannya di Sepanyol dan Dubai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.