Lihat pengebumian dari jauh

[email protected]

Pasir Gudang: Pasangan suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia di ruang tamu kediaman mereka di Taman Kota Masai di sini, kelmarin selamat dikebumikan tengah hari tadi.

Waris pasangan berkenaan dikenali sebagai Iza berkata, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kota Masai di sini yang dihadiri beberapa ahli keluarga terdekat.

“Mereka dikebumi bersebelahan dan urusan pengebumian berjalan lancar yang dikendalikan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya tidak dapat hadir namun kakak sepupu yang hadir ke pengebumian. Mereka hanya dapat melihat dari jauh sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Malam tadi Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 61 tahun dan suaminya berusia 68 tahun ditemukan meninggal dunia di ruang tamu kediaman keluarga di Taman Kota Masai di sini, Ahad lalu.

Wanita itu disahkan positif Covid-19 manakala suaminya disahkan meninggal dunia akibat beberapa komplikasi kesihatan dialami.

Pasangan itu tidak mempunyai anak kandung dan mayat mereka ditemukan anak angkat berusia 19 tahun yang tinggal berasingan dan datang melawat kedua ibu bapa angkatnya selepas panggilan telefon tidak berjawab.

Hasil siasatan polis mendapati pasangan terbabit dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum ditemukan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    Berita berkaitan

  • Isteri positif Covid-19, suami sakit kronik ditemukan meninggal dunia

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.