Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-5MN0Gz.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-5MN0Gz.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Lille hampiri gelaran juara liga

Lens: Pendahulu Ligue 1, Lille berusaha keras untuk melakar kemenangan 3-0 ke atas seteru utama Lens dan kembali meletakkan tekanan kepada pesaing mereka, Paris Saint-Germain yang akan turun beraksi esok.

Lille menguasai babak awal apabila pemain penyerang veteran Turki, Burak Yilmaz menyempurnakan penalti pada minit kedua.

Mereka menguasai perlawanan selepas penyerang Lens, Clement Michelin di arah keluar padang buat kali kedua di Derby du Nord musim ini.

Lille mempunyai baki dua perlawanan dan kemenangan itu meletakkan mereka empat mata mengatasi juara bertahan Paris Saint-Germain yang akan berkunjung ke Rennes malam esok.

Pasukan di tangga ketiga Monaco kini ketinggalan lapan mata dengan mempunyai baki tiga perlawanan.

Sementara itu Lens tergelincir dari pemburuan tempat saingan Liga Europa apabila ketinggalan satu mata di belakang Marseille.

“Tidak banyak perlawanan yang tinggal dan kami semakin dekat merangkul gelaran,” kata penyerang Lille, Jonathan David yang meledakkan gol ketiga pasukannya.

“Kami sudah mengambil satu langkah yang besar dan kini kami berusaha untuk mendapatkan keputusan yang lain,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.