Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Lima juta peminjam dapat manfaat bantuan bank

zaky@bh.com.my

Have you seen this video?

PUTRAJAYA: Seramai lima juta peminjam dijangka mendapat manfaat daripada bantuan bayaran balik pinjaman dan penangguhan ansuran pinjaman di bawah pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan yang ditawarkan bank kepada pelanggan terjejas itu dijangka membabitkan nilai sekitar RM30 bilion.

“Sejak Oktober lalu, seramai 1.5 juta peminjam sudah meraih manfaat daripada bantuan bayaran balik pinjaman yang ditawarkan bank tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-55, hari ini.

Awal minggu ini, kerajaan mengumumkan bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman kepada semua rakyat yang terjejas di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

Peminjam terjejas boleh memilih untuk mendapat moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Ia membabitkan individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20), golongan B40 (penerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat), perniagaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tengku Zafrul berkata, bagi peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20), mereka boleh mendapat pengurangan bayaran selaras dengan pendapatan yang berkurang.

“Pendekatan ini membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada bank,” katanya.

Tengku Zafrul sebelum ini memberi jaminan kelulusan diberikan secara automatik bagi moratorium kepada peminjam yang layak yang mana terkesan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Beliau menjelaskan, peminjam yang terkesan boleh memilih pakej bantuan sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan menghubungi bank masing-masing.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) juga memberi jaminan bank ahlinya akan terus menawarkan bantuan kepada peminjam terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version