Lima lagi lokaliti di Sabah, satu di Sarawak dikenakan PKPD

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula Selasa berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua lokaliti berkenaan, kata Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob.

PETALING JAYA: Lima lokaliti di Sabah dan satu d Sarawak dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Selasa hingga 28 Jun berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, di Sarawak PKPD melibatkan Kampung Tabuan Hj Drahman, di Kuching, di mana 54 telah dikesan positif selepas 138 individu disaringan.

Di Sabah pula katanya, ia membabitkan kawasan Batu 3.5 Jalan Apas (kiri), Tawau, selepas 10 dikesan positif.

“PKPD di negeri itu turut melibatkan Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, di mana 10 individu positif setakat ini.

“Sementara itu dua lokaliti di daerah Tuaran, melibatkan Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan turut dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes Covid-19 yang ketara dalam tempoh seminggu di kedua-dua lokaliti tersebut di mana 10 kes positif telah direkodkan dari 11 ujian saringan yang dijalankan di Taman Telipok Jaya manakala 13 kes positif dari 77 ujian saringan di Kampung Penimbawan.

Beliau turut memaklumkan, PKPD di Taman Pelangi, Semporna dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat, di Sabah dilanjutkan sehingga 28 Jun selepas masih terdapat jangkitan di kawasan terbabit.

Sementara PKPD di Jalan Klias 2 & 3, Beaufort; Kampung Kuala Menggatal, Kota Kinabalu; Kampung Assam, Lahad Datu, dua perkampungan di Kota Belud, membabitkan Kampung Payas-Payas serta Kampung Rampayan Laut, di Sabah serta Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, di Jitra, Kedah akan tamat bermula jam 11.59 malam esok.

Dalam pada itu katanya, polis semalam menahan 780 individu atas kesalahan ingkar SOP di mana 748 dikompaun manakala 32 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (152), tidak memakai pelitup muka (137), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135), bawa penumpang berlebihan (54), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (70) dan lain-lain(232),” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.