MADRID: Pertahanan Sepanyol, Diego Llorente hari ini menjadi pemain kedua daripada skuad Euro 2020 negara itu diuji positif COVID-19 selepas kapten Sergio Busquets, umum Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).
“RFEF mengumumkan bahawa pertahanan tengah, Diego Llorente diuji positif dalam ujian terbaharu PCR dibuat pagi ini di pangkalan kebangsaan dekat Las Rozas,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.
Kejohanan Eropah yang sebelum ini tergendala akan bermula Sabtu ini.
Sepanyol akan membuka kempen mereka dalam Kumpulan E berdepan Sweden di Seville pada Isnin walaupun keseluruhan skuad mereka diasingkan sejak ujian positif Busquets pada Ahad.
Sweden juga dilanda virus berkenaan apabila mengumumkan semalam ujian positif terhadap Dejan Kulusevski dan Mattias Svanberg. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian