Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
Entertainment

Mahu Berjuang Habis-Habisan! Aqmal Letak Matlamat Untuk Sampai Ke ‘Final’!

Bersaing dengan tiga nama besar di industri hiburan dan juga dua bintang baharu yang berbakat besar, Aqmal (Aqmal Ramdan) tidak gentar dan yakin menyusun langkah bersama-sama dengan Kapten Naim Daniel untuk terus mara sehingga ke pentas akhir TERPALING JUARA!

Have you seen this video?

Seorang Busker Berpengalaman

Aqmal merupakan seorang busker yang juga berpengalaman untuk melakukan persembahan dengan live band. Di awal penglibatan Aqmal di industri hiburan, Aqmal pernah dikecam bahawa beliau tidak akan pergi jauh dalam industri nyanyian.

Namun, Aqmal tidak pernah berputus harapan apabila ibu dan abang sulung merupakan sokongan paling kuat yang memberikan dorongan untuk teruskan menyanyi.

Mempunyai Pengalaman Sejak Usia 4 Tahun

via Media Prima

Aqmal mula minat dengan nyanyian pada usia 4 tahun ketika terlihat lagu Demi Masa nyanyian Raihan di televisyen.

Aqmal juga pernah memasuki pelbagai pertandingan nyanyian dari usia 7 tahun dan pengalaman yang terkumpul memberi kekuatan kepada beliau untuk menyahut cabaran menyertai program terbaharu TV3, TERPALING JUARA!

Pemilihan Lagu Dari #PlaylistAJL

TERPALING JUARA mempertaruhkan #PlaylistAJL iaitu lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Program hiburan terbaharu TV3, TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij.

Kapten ini akan membimbing penyanyi junior untuk menjayakan persembahan mingguan daripada #playlistAJL iaitu lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara pada setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

The post Mahu Berjuang Habis-Habisan! Aqmal Letak Matlamat Untuk Sampai Ke ‘Final’! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version