Majlis hari jadi cetus kluster baharu di Miri dengan 22 kes positif

Kluster Jalan Lilin berpunca daripada penganjuran majlis hari jadi di Taman Tunku, Miri.

PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Sarawak mengesan satu kluster baharu dikenali sebagai Jalan Lilin yang berpunca daripada penganjuran majlis hari jadi di Taman Tunku, daerah Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) melaporkan 22 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 262 individu, manakala 192 lagi disahkan negatif dan 48 orang masih menunggu keputusan makmal.

Katanya, semua individu positif Covid-19 itu dirujuk ke Hospital Miri dan Hospital Limbang, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di dua daerah itu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

“Semua kontak rapat dikenal pasti dan diarahkan menjalani kuarantin,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Sebanyak 83 kluster masih aktif di Sarawak, dengan 10 daripadanya merekodkan 102 kes baharu dan baki 73 kluster tiada pertambahan kes.

JPBNS berkata, Kluster Jalan Sanyan di Sibu ditamatkan, selepas tiada jangkitan tempatan dilaporkan.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.