‘Mak uzur di kampung, tapi tak boleh balik’

[email protected]

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyeru golongan artis serta selebriti agar menjadi teladan terbaik buat masyarakat dalam segala tindak-tanduk mereka terutama berkaitan keselamatan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin berkata, setiap artis sepatutnya menggunakan pengaruh nama besar mereka untuk sebarkan kebaikan.

“Artis atau selebriti sepatutnya berperanan menjadi contoh kepada masyarakat supaya mematuhi saranan kerajaan, prosedur operasi standard (SOP), dan sebagainya.

“Sebab artis punya pengaruh yang besar. Gunakanlah untuk kebaikan,” katanya.

Kebelakangan ini, bertebaran berita mengenai artis menyalahgunakan pengaruh mereka untuk merentas negeri tanpa alasan kukuh meskipun dilarang. Bahkan, ada yang sengaja menayang di media sosial sehingga menimbulkan amarah netizen.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu sendiri mendedahkan terpaksa menahan hati untuk pulang kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan disebabkan patuh arahan ditetapkan.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya belum berpeluang lagi pulang ke Kelantan untuk menjenguk ibu. Semestinya saya sangat rindu apatah lagi ibu pun sudah uzur.

“Tapi kes di Kelantan sekarang pun semakin tinggi dan terpaksa tahan hati dulu. Saya harap orang ramai pun terus patuh larangan kerajaan mengenai hal merentas negeri ini,” katanya.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.