‘Makan angin’ bawa ular sawa 200 kg [METROTV]

[email protected]

Putrajaya: ‘Bersiar-siar’ menunggang motosikal sambil membawa ular sawa gergasi yang sengaja dililit pada pinggang.

Video tular sejak beberapa hari lalu itu mengundang pelbagai reaksi nitizen susulan saiz ular sawa batik itu yang amat besar dan dipercayai seberat lebih 200 kilogram.

Melalui video tular berdurasi 21 saat itu, lelaki dipanggil `pak Abu’ terbabit dilihat menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan sebelum perbuatan mereka dirakam seorang individu lain.

“Pak Abu’ yang membawa motosikal itu dilihat mengangkat tangan tanda gembira manakala ular itu seolah-olah dalam keadaan jinak dengan melilit pinggangnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, video tular berkenaan dikesan berlaku

di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Mei lalu.

Menurutnya, ular sawa itu ditangkap di kebun getah di kampung Lubuk Simpul, Kuala Krai, pada jam 6 petang Jumaat lalu oleh individu bernama Mohd Hamdan Mahadi, 34, dan pemilik kebun getah berkenaan.

“Mereka khuatir ular sawa besar itu boleh mengancam keselamatan penduduk. Susulan itu ular sawa berkenaan kemudian ditangkap dan dibawa menaiki motosikal untuk diserahkan kepada pihak Perhilitan.

“Mereka sebelum itu bertindak menghubungi petugas Perhilitan Kuala Krai pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan penghantaran `reptilia’ buas itu,” katanya tadi.

Kadir berkata, Hamdan memohon maaf susulan tular video berkenaan yang bukan dirancang olehnya.

“Ular sawa batik itu kemudian diserahkan kepada pihak Perhilitan pada jam 2 petang Ahad lalu sebelum ditempatkan sementara di sangkar Perhilitan Kuala Krai,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.