Mangsa jangkitan varian Indian B.1.617.2 mati

[email protected]

PUTRAJAYA: Mangsa yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2, kes yang dikesan di negara ini, meninggal dunia selepas hampir sebulan tiba di negara ini.

Malah, dua ujian saringan COVID-19 yang dijalankan terhadap individu tanpa dinyatakan jantina dan kewarganegaraan pada 7 April dan 12 April itu didapati negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa tiba pada 7 April lalu dan menjalani ujian COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

“Satu kes membabitkan bukan warganegara dengan varian Indian VOI B.1.617.2 dikesan di Malaysia.

“Kedua-dua ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 7 April dan 12 April adalah negatif.

“Bagaimanapun, dia dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April apabila beliau dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma selepas mengalami gejala COVID-19 yang serius,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, keadaan kesihatan pesakit itu terus merosot dan dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, beliau berkata, survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap 33 sampel COVID-19 dari 3 Mei hingga 10 Mei lalu juga mengenal pasti dan mengesahkan 14 kes penularan tempatan baharu COVID-19 dijangkiti varian South African B.1.351.

Katanya, kes membabitkan jangkitan varian South African B.1.351 dikesan di Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah sebanyak 62 kes dan varian Indian B.1.617 sebanyak dua kes,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.