Masa menyebelahi Umno kerana ahli, organisasi, dan pelapis, kata Zahid sempena ulangtahun

Ahmad Zahid Hamidi

PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi percaya masa pasti menyebelahi Umno yang masih bertahan meski “ditekan luar dan dalam”, kerana mempunyai bilangan ahli terbanyak, organisasi berstruktur, dan pemimpin pelapis berbanding pesaing.

Selain itu, Umno merupakan pertubuhan politik terbesar dan tertua dengan 63 tahun pengalaman memerintah, menjadikan ia “parti yang paling dipercayai rakyat”.

“Rakyat percaya kestabilan hanya dapat dinikmati dengan Umno dan Barisan Nasional,” katanya Presiden Umno itu dalam kenyataan sempena ulangtahun ke-75 parti Melayu itu.

“Arus masyarakat ingin kembali menyokong Umno. Biarpun ketika ini, Umno ditekan dari dalam dan luar. Tetapi percayalah masa akan menyebelahi kita.”

Zahid berkata Umno “sentiasa” mempunyai para pemimpin yang berkaliber, berwawasan, dan berbakat besar dalam memimpin negara.

“Umno sentiasa memperkasakan pemimpin pelapis untuk menyambung wadah kepimpinan,” tambahnya.

Umno ditubuhkan pada 1947 dan mengetuai Barisan Nasional yang memerintah negara lebih 60 tahun sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.