Masjid Muhammadi ditutup

[email protected]

KOTA BHARU: Masjid Muhammadi Kota Bharu ditutup selama dua minggu, bermula esok berikutan penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zulkifle Ab Rahman, berkata penutupan atas saranan Pejabat Daerah Kesihatan Kota Bharu bagi membendung penularan pandemik itu yang semakin serius.

“Pihak kami mengarahkan agar masjid ini ditutup selama dua minggu kepada jemaah awam.

“Dalam tempoh itu, hanya 13 orang kakitangan masjid terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan sahaja yang dibenarkan berjemaah selepas menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.