Masukkan rantai manik dalam kemaluan demi nafsu liar, zakar lelaki Taiwan akhirnya terpekasa dibelah dua

GARA-gara nafsu melampau… Seorang lelaki di Taiwan terpaksa menerima hakikat apabila kemaluannya terpaksa dibelah di bahagian tengah bagi mengeluarkan seutas rantai manik yang tersangkut di dalamnya.

Rantai manik yang diperbuat daripada logam itu berjaya dikeluarkan sekumpulan doktor dalam satu pembedahan, lapor Kosmo.

Lelaki itu pada awalnya dilaporkan telah hadir ke hospital bagi mengadu terasa seperti direnjat elektrik di dalam alat sulitnya.

Rantai manik yang dikeluarkan

Bagaimanapun doktor di Hospital Universiti Perubatan Shuang-Ho Taipei terkejut apabila mendapati pesakit sebenarnya memasukkan rantai logam secara berbahaya ke dalam uretra.

Dia dikatakan berbuat demikian semasa melakukan aktiviti seksual.

Pesakit kemudian tertidur selepas memasukkan rantai manik itu sebelum bangun dalam keadaan kesakitan yang melampau.

Lelaki itu juga gagal untuk membuang air kecil selepas rantai manik itu tertanam dalam kemaluannya.

Memetik laporan Kosmo lagi, pesakit itu mengalami ‘ketidakselesaan yang teruk’ dan manik-manik tersebut menjejaskan saraf sensitif, sekali gus menyebabkan rasa sakit yang melampau.

Pakar urologi, Gao Weichang, menjelaskan mereka terpaksa membelah zakar pesakit untuk mengeluarkan rantai manik itu.

Mereka juga berjaya membina semula uretra pesakit itu biarpun menghadapi cabaran yang getir semasa pembedahan.

Sumber: Kosmo

The post Masukkan rantai manik dalam kemaluan demi nafsu liar, zakar lelaki Taiwan akhirnya terpekasa dibelah dua appeared first on The News Malaysia.

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.