Maut selepas beri makan kambing, biri-biri

H: Maut selepas beri makan kambing, biri-biri

Siti Rohana Idris

[email protected]

Foto Ihsan pembaca

Kota Bharu: Pengembala kambing dan biri-biri ditemukan meninggal dunia selepas memberi makan haiwan peliharaannya di Lembah Sireh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.20 tengah hari mengenai penemuan mayat mangsa berusia 69 tahun itu.

“Sebaik tiba, kami dapati mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap di atas tanah berdekatan tangki air dengan berpakaian lengkap dan memakai topi.

“Pemeriksaan awal terhadap mayat tidak menemukan sebarang unsur atau kesan cedera dan mangsa ditemui dalam jarak 50 meter dari rumahnya.

“Menurut isteri mangsa, lelaki itu keluar berjalan dari rumah lebih kurang 10.30 pagi tadi untuk memberi makan kambing dan biri-biri peliharaannya,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Abdul Rahim berkata, mangsa juga mempunyai sejarah penyakit jantung dan mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.