MB akui PKP perlu di Selangor untuk redakan keadaan

[email protected]

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikuatkuasakan semula di Selangor namun pendekatan pelaksanaan perlu berbeza dengan PKP sebelum ini.

Beliau berkata PKP diperlukan bagi meredakan kembali peningkatan kes dengan penelitian beberapa perkara terutamanya membabitkan sektor ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

“Ya, sudah tentu (Selangor perlu PKP). Kita sudah memberikan beberapa cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal pergerakan dan beberapa aktiviti di negeri ini.

“Fokus kita (sebab PKP) adalah beberapa hospital di Selangor sudah mencapai 70 peratus kapasiti bagi menampung pesakit COVID-19.

“Kita dapati ada individu positif COVID-19 mengunjungi tempat awam, ia dikesan melalui MySejahtera dan ketika itu sekurang-kurangnya 40,000 khalayak (hadir) di tempat berkenaan.

“Seterusnya, di Bazar Ramadan dan Bazar Raya pula, sudah tentu kita berjanji tidak seperti PKP 1.0 (tiada bazar), tetapi beberapa elemen perlu dilihat semula dalam usaha mengimbangi kesinambungan kelangsungan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) antara Kerajaan Negeri Selangor dan Open University Malaysia (OUM) di SUK, di sini hari ini.

Amirudin berkata, dalam mesyuarat bersama MKN baru-baru ini Selangor tidak mencadangkan PKP secara sepenuhnya di negeri itu sebaliknya hanya tertumpu di zon merah.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada keputusan Kerajaan Persekutuan yang dijangka diumumkan petang ini atau esok.

“Dalam mesyuarat (30 April), kita sudah syorkan dua tiga cadangan bagaimana hendak memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti di pusat beli belah.

“Kita berpengalaman menghadapi dua PKP, adakah boleh kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau kalau ketatkan (PKPB) lebih kurang PKP, lebih baik PKP terus.

“Selangor adalah negeri yang penting, kalau buat PKP semua kegiatan ekonomi akan terkepung dan dalam masa sama kita tidak mahu kes ini terus merebak,” katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Selangor akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara berperingkat menerusi Program Saringan COVID-19 di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, ujian saringan secara besar-besaran itu akan bermula Jumaat ini di Hulu Langat dan rehat seketika untuk Aidilfitri dan diteruskan semula sehingga selesai 56 DUN.

“Kita tidak dapat membuat saringan itu di semua DUN secara serentak kerana kita mempunyai dua pasukan daripada Selangor Task Force COVID-19 (STFC) dan Selangor Task Force Operation (STFO) yang menjalankan ujian itu.

“Ujian saringan kali ini berterusan walaupun selesai 56 DUN dan fokus saringan itu dijalankan kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 serta mereka yang mempunyai gejala virus itu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.