Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-iMTick.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-iMTick.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Mekar JPN kurangkan kes lewat daftar sijil lahir

Marang: Sebanyak 6,894 kes pendaftaran lewat sijil kelahiran direkodkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan trend penurunan ketara dalam tempoh 10 tahun berbanding 30,466 kes yang direkodkan pada 2010 hasil pelaksanaan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Program turun padang JPN ini menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar, komuniti yang tinggal jauh di pedalaman serta golongan miskin agar urusan berkaitan dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran mereka dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kelahiran daftar lewat kepada dua kanak-kanak iaitu Nur Iffika Dahlia Rusli, 9, dan adiknya Nur Irine Delisha, 2, di Kampung Gong Balai dekat Merchang di sini hari ini.

Ruslin berkata antara empat negeri yang merekodkan kadar tertinggi daftar lewat kelahiran pada 2020 ialah Sabah diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor dan Sarawak.

Beliau berkata antara alasan yang sering diberi ibu bapa dalam kes pendaftaran lewat sijil kelahiran bayi mereka ialah lokasi pejabat JPN yang jauh dari rumah, tidak cukup dokumen pengenalan diri, kehilangan sijil nikah dan kesuntukan masa.

“Alasan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua ibu bapa telah diingatkan agar menyegerakan pendaftaran bayi mereka agar tidak wujud sebarang masalah pada kemudian hari seperti gagal mendapat pendidikan dan rawatan kesihatan sempurna sebagai rakyat Malaysia.

“Dalam kes dua beradik ini, keprihatinan jiran mereka yang juga seorang guru wajar dipuji kerana sangat cakna dalam membantu mendapatkan sijil kelahiran seterusnya kanak-kanak itu boleh memulakan sesi persekolahan sama seperti rakan sebaya yang lain,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak tersebut, Bibi Sopiar Jusoh, 43, berkata beliau lega kerana masalah ketiadaan sijil kelahiran yang berlanjutan sejak sembilan tahun lalu akhirnya berjaya diselesaikan hari ini.

Lebih mengujakan beliau kerana sijil kelahiran itu diserahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JPN kepada beliau dan suaminya Rusli Abdullah, 45, yang disifatkan sebagai detik paling bersejarah dan istimewa buat keluarga mereka.

“Enam daripada lapan anak saya semuanya ada sijil kelahiran. Hanya Nur Iffika Dahlia dan adiknya Nur Irine Delisha sahaja yang bermasalah dalam pendaftaran sijil lahir kerana kami tidak mempunyai dokumen yang diperlukan ketika itu.

“Kami ini orang kampung, takut juga bila diberitahu akan didenda kerana tiada dokumen macam buku rekod kehamilan, sijil lahir ibu bapa dan beberapa lagi dokumen lain…tak sangka pula masalah ini berlarutan sampai sembilan tahun. Alhamdulillah, saya akan segera daftarkan Nur Iffika Dahlia ke sekolah dalam masa terdekat agar dia mempunyai masa depan yang terjamin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.