Melaka, PJ City buntu

[email protected]

MELAKA: Melaka United sekadar seri 0-0 berdepan PJ City walaupun skuad Hang Tuah menguasai hampir keseluruhan perlawanan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Selepas tewas tiga perlawanan di laman sendiri, anak buah Zainal Abidin Hassan tampil garang untuk mengakhiri badi itu.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk merobek gawang lawan namun percubaan Stefan Nikolic seawal minit ketiga dan m-13 berjaya diselamatkan penjaga gol, Kalamulllah Al-Hafiz Mat Rowi.

Melaka terus agresif menyerang tetapi masih gagal merobek gawang pelawat apabila tandukan Syamim Yahya pada minit ke-31 sekadar menggegar palang.

Bersambung babak kedua, Melaka terus giat menyerang dan ketangkasan Kalamullah menyelamatkan sekurang-kurangnya tujuh percubaan, mengecewakan barisan tuan rumah.

Keputusan itu meletakkan Melaka dalam zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana jika mereka masih gagal bangkit pada baki aksi selepas ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.